WAN Abdul Aziz (dua kiri) bersama anggotanya menunjukkan mercun yang dirampas. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
Nazdy Harun
am@hmetro.com.my


Marang: Wanita dan lima anaknya ditahan polis pagi tadi selepas kediaman mereka di Kampung Bukit Gasing, di sini, dijadikan sebagai tempat penyimpanan mercun.

Berikutan itu, polis turut merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM10,000 di kediaman terbabit selepas serbuan pada 3 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, wanita itu berusia 62 tahun dan lima anaknya berusia antara 18 hingga 36 tahun.

Menurutnya, kesemuanya ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Katanya, siasatan dipercayai bekalan mercun berkenaan diperolehi dari negara jiran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 4:53 PM