TURKI intai kejutan ke atas Czech untuk ke pusingan kedua.
Reuters

Lille, Perancis: Turki mungkin belum layak meraih tiket ke pusingan kedua tetapi pemain pertahanan Gokhan Gonul percaya mereka masih mempunyai peluang jika dapat menewaskan Republik Czech pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D, awal pagi esok.

“Skuad Turki sering melakukan perkara ini, iaitu mengejar slot sehingga minit terakhir,” kata pertahanan berusia 31 tahun itu.

“Kini sekali lagi kami perlu menunggu sehingga perlawanan terakhir. Mungkin kami tidak mempunyai peluang tinggi kali ini.

“Tapi kami akan melakukan yang terbaik dan berharap dengan sedikit tuah, mampu menewaskan Czech sekali gus mara ke pusingan kedua,” katanya.

Czech dilihat mempunyai keyakinan tinggi selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat keputusan seri ketika bertemu Croatia, Jumaat lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 8:07 AM