Dungun: Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Dungun yang kritikal selepas terbabit kemalangan di Kilometer 87, Jalan Kuala
Terengganu-Kuantan, Bukit Bauk, petang semalam meninggal dunia petang tadi.
Mohd Jefri Ibrahim, 44,yang patah tangan dan parah pada badan disahkan meninggal dunia pada 5 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Dalam kemalangan 4.10 petang semalam, Mohd Jefri bersama isterinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 87, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Bukit Bauk.
Isterinya, Rokitah Ibrahim,42, kerani di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin PSMZA Dungun yang parah pada badan, tangan dan kepala juga dilaporkan kritikal.
Selain itu, pemandu Perodua Myvi, Mohd Faiz Mazwawi Rosmadi,22 dari arah Dungun ke Paka turut dilaporkan kritikal.
Kemalangan