KEADAAN kereta yang remuk dalam kemalangan. FOTO Rosli Ilham
KEADAAN kereta yang remuk dalam kemalangan. FOTO Rosli Ilham
KEADAAN kereta yang remuk dalam kemalangan. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham

Dungun: Tiga parah termasuk pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Dungun dan isterinya dalam kemalangan di Kilometer 87, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Bukit Bauk, semalam.

Dalam kejadian 4.10 petang itu, Mohd Jefri Ibrahim, 44, dan isterinya, Rokitah Ibrahim, 42, kerani di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun yang parah pada badan, tangan dan kepala dilaporkan kritikal.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi dipandu Mohd Faiz Mazwawi Rosmadi, 22, dari arah Dungun ke Paka hilang kawalan.

Katanya, kereta terbabit dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Alza dipandu Mohd Jefri.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit.

"Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2016 @ 11:20 AM