DUA laporan Harian Metro mengenai kejadian itu.
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


Dungun: Mangsa mercun di Kampung Toh Kah, di sini, yang selamat menjalani pembedahan, semalam, sudah sedarkan diri pagi ini.

Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah, 14, yang parah di leher dan melecur teruk di tubuh sudah dipindahkan ke wad rawatan biasa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Ibu saudaranya, Noriah Awang, 41, berkata, anak saudaranya kini berada dalam keadaan stabil.

"Syukur Haiqal sudah mula sedar selepas bertarung di dalam bilik pembedahan bagi merawat kecederaan yang dialaminya itu.

"Dia juga sudah boleh bercakap dan makan sebaik dipindahkan ke wad biasa kira-kira 5 petang semalam.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak termasuk pakar pembedahan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa Haiqal," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian 9.30 malam kelmarin, mangsa parah di leher, dada dan beberapa bahagian anggota badan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2016 @ 5:43 PM