Najib tiba di Majlis Menandatangani Perjanjian Pemegang Saham dan Memoradum Persefahaman (MoU) oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd, hari ini. FOTO Aizuddin Saad
Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumkan pemberian tujuh insentif khusus kepada pemaju utama projek Pembangunan Bandar Malaysia dan semua anak syarikatnya termasuk pengecualian cukai pendapatan dan duti setem masing-masing selama 10 tahun dan lapan tahun.

Perdana Menteri ketika mengumumkan insentif terbabit berkata, kerajaan juga bersetuju memberi pengecualian bayaran cukai bagi keuntungan hartanah dan cukai pegangan untuk lapan tahun serta pengecualian duti import bagi bahan binaan terpilih yang ketika initidak dihasilkan di Malaysia.

" Sebagai tambahan kerajaan juga bersetuju menimbangkan untuk memberi insentif cukai kepada syarikat terkemuka dunia dan syarikat kewangan.

"Selain itu, kerajaan juga menimbangkan langkah lain seperti elaun bangunan industri, potongan cukai sewaan dan pengecualian duti setem bagi perjanjian perkhidmatan atau pra pakej insentif kepada pelabur dan pengusaha pelancongan," katanya dalam ucapan selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pemegang Saham dan Memoradum Persefahaman (MoU) oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Besar Johor Datuk Seri MohammedKhaled Nordin dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Perdana Menteri berkata, justeru Bandar Malaysia menyediakan peluang yang luaa kepada pelaburan dan perniagaan bukan saja kepada pelancongan, hotel, pusat konvensyen malah pelbagai sektor lain termasuk komersial dan kewangan.

" Projek Bandar Malaysis juga tidak mengabaikan elemen sosial dan pemegang saham, Kementerian Kewangan Diperbadankan dan IWH-CREC komited membina 5,000 rumah mampu milik bagi fasa pertama pembangunan Bandar Malaysia," katanya.

Pembangunan Bandar Malaysia adalah projek Kerjasama Awam-Swasta (PPP) antara Kementerian Kewangan yang mempunyai kepentingan 40 dan Konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH)dan China Railway Group Ltd (CREC)IWH-CREC 60 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2016 @ 5:48 PM