NAJIB hadir Majis Konsultasi Bajet 2017 di Kementerian Kewangan. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Kerajaan perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi pasaran ekonomi domestik bagi memastikan ekonomi negara kembali pada landasannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi mencapai tujuan itu, beliau mahu negararebut peluang dan potensi yang diwujudkan dalam sektor teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT).

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan perlu memperkembangkan proses tranformasi dalam sains dan teknologi termasuk menyuntik semangat inovasi dan kreativiti dalam kalangan usahawan dan Industri di negara ini.

"Mengikut Tinjauan Ekonomi Dunia dikeluarkan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), 2017 adalah tahun yang sangat mencabar," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Konsultasi Bajet 2017 di sini, hari ini.

Majlis Konsultasi Bajet 2017 kali ini menggunapakai tema 'Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2016 @ 10:50 AM