Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Fitbit Blaze, sebuah jam pintar dari syarikat yang dipercayai memasarkan peranti kecergasan dan Blaze adalah percubaan untuk menawarkan segmen jam pintar kepada pengguna.

Meskipun pada pandangan awal, rekaan Blaze kelihatan tidak begitu menarik jika dibanding dengan antara Apple Watch dan Fitbit Surge.

Bagaimanapun, selepas beberapa minggu menggunakannya, ia nampak sedikit futuristik dengan beberapa kelebihan yang mengagumkan.

Blaze kelihatan lebih kepada jam pintar berbanding peranti pengesan kecergasan yang biasa dihasilkan Fitbit.

Ia mempunyai tali 1.2 inci dengan skrin 240 x 180 piksel dan jamnya boleh ditanggalkan daripada tali bersama rekaan kerangka logam dan bertekstur getah.

Seperti Apple Watch dan Pebble Time Steel, saiz 1.2 inci Blaze bermaksud ia cukup untuk dipasang di pergelangan tangan pengguna dan skrinnya pun boleh dilihat dari jauh tanpa perlu mengangkat tangan.

Mereka yang ingin menukar cita rasa tali jam pun boleh berbuat demikian dengan mengambil kesempatan banyak pilihan penyesuaian Blaze.

Warna skrin juga adalah ciri yang membezakan Blaze berbanding ‘ tracker’ Fitbit sebelum ini. Fitbit lama seperti Surge mempunyai paparan monokrom asas yang yang terbaik.

Langkah untuk perwarnaan menjadikan perbezaan yang besar. Walaupun Blaze tidak memaparkan skrin teknologi AMOLED cemerlang pada pesaing kecergasan lain, warna ditonjolkan di skrin masih mewah dan membuatkan pengguna lebih mudah untuk membaca maklumat pada jam tangan.

Ia dibantu lagi dengan hakikat data memaparkan UI Blaze dalam segmen kod warna membezakan bit utama data seperti kiraan langkah dan kadar jantung.

Resolusi 240 x 180 piksel juga memastikan ikon dan teks secara umumnya cukup terperinci untuk membaca dengan selesa.

Blaze tidak kalis air. Ia boleh digunakan ketika berjalan dalam hujan, terkena percikan air tidak sengaja dan peluh tanpa isu tetapi Fitbit tak mengesyorkan anda memakai Blaze di bilik mandi atau semasa berenang.

Sudah tentu ia sedikit pelik kerana fokus kepada peranti seperti ini adalah anda memakainya 24/7.

Ia juga tidak mempunyai GPS yang dibina ke dalamnya jadi jika anda mahu lokasi dan jarak data yang tepat, anda perlu memasangkan Blaze kepada telefon pintar anda dan membawa bersama apabila keluar berjalan atau berbasikal.

Bagi mereka yang gemar berjoging atau yang baru saja bermula dengan aktiviti kecergasan, Blaze gajet paling mudah untuk digunakan.

Kecuali bagi kekurangan GPS, Blaze mempunyai banyak ciri menarik apabila sarat dengan accelerator 3-axis, monitor kadar degupan jantung, alat pengukur tinggi dan sensor cahaya ambien. Ia juga sesuai untuk pelbagai platform tidak kira Android atau iOS.

Aplikasi diakses dengan leret ke kiri dari skrin utama jam tangan. Perkhidmatan yang ditawarkan terhad, tidak ada di stor ekosistem pihak ketiga namun masih mempunyai ciri seperti Exercise, Settings, Timer, FitStar dan Alarms.

Exercise mempunyai semua latihan biasa yang anda harapkan termasuk berjalan, berbasikal dan berat. Fitbit mendakwa Blaze boleh mengesan secara automatik perubahan dalam aktiviti dan mengesan pelbagai latihan senaman, sesi di mana anda bertukar dari berbasikal kepada berjalan di pertengahan latihan.

Dengan Fitbit dipasangkan ke telefon pintar saya, pengesanan agak tepat. Perkara yang sama kekal apabila saya membaca kadar degupan jantung.

Data yang dibentangkan pada skrin Blaze melalui aplikasi Today melihat lebih terperinci.

Aplikasi Fitbit kekal sebagai titik jualan utama bagi Blaze. Pada peringkat asas, aplikasi ini menawarkan semua maklumat utama yang kebanyakan diperlukan seperti bilangan langkah yang diambil, kalori dibakar dan masa tidur.

Ia juga menawarkan pecahan latihan biasa tertentu seperti purata kadar jantung anda, jarak perjalanan dan kelajuan setiap kilometer.

FitStar adalah satu lagi fungsi menarik, ia membantu pemilik Blaze memulakan latihan mengikut cadangan jenis senaman yang diperlukan.

Lagi satu, bateri Fitbit Blaze mampu bertahan lima hari, wow!

INFO

FITBIT BLAZE

- HARGA: RM950

- PENGELUAR: Fitbit

- CIRI: Jam pintar kecergasan

- PRO: Ada FitStar

- KONTRA: Bukan kalis air

- LAMAN FB: /www.facebook.com/FitBitMY

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 12:37 PM