KEADAAN motosikal di lokasi kejadian. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


Dungun : Pekerja projek syarikat petrokimia di Kerteh maut selepas motosikalnya bertembung dengan kereta di Kilometer 99 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Paka, 10 malam tadi.

Dalam kejadian itu, Ahmad Syazwan Firdaus Che A Razak, 20, yang parah di kepala maut di tempat kejadian.

Mangsa yang tinggal di Kampung Santong dipercayai dalam perjalanan ke kedai dan setibanya di persimpangan lampu isyarat di situ, motosikalnya bertembung dengan kereta.

Pemandu kereta terbabit, Mohd Khairol Ikhwan Ali, 27, yang berasal dari Kampung Limbong tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 11:43 AM