ANGGOTA polis membuang undi ketika proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar. FOTO Sairin Nafis
Yusmizal Dolah Aling dan Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my


Kuala Kangsar: Polis menerima 16 laporan polis sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar setakat ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, daripada jumlah itu, enam kertas siasatan dibuka .

Katanya, polis juga sedang menyiasat laporan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam ceramahnya yang mempunyai unsur ugutan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita siasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan kita akan panggil Rafizi untuk memberi keterangan," katanya kepada media selepas meninjau proses pengundian awal di Kuarters Perumahan Polis Daerah Kuala Kangsar, hari ini.

Abdul Rahim turut berpuas hati dengan proses pengundian dan menjangkakan 75 hingga 80 peratus akan keluar mengundi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2016 @ 11:00 AM