Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Shah Alam: Konsert Harian Metro (HM) Padat sempena Karnival HM Padat yang berlangsung di perkarangan Stadium Malawati, di sini meriah dengan persembahan 12 artis, malam ini.

Konsert bermula 9 malam menampilkan persembahan pembukaan hebat daripada Hazama, Fiq dan Aweera diiringi komposer terkenal Ajai yang menyampaikan medley lagu Madah Berhelah dan Mengapa yang dipopularkan Ziana Zain dan Nicky Astria.

Turut membuat persembahan finalis Akademi Fantasia 2014 Nuha, Asmidar, Kaka Azraff, Hyper Act, Fahmie Mentor Legend, Amelina, Syamin dan kumpulan Nidji dari Indonesia.

Konsert dimeriahkan lagi dengan gelagat pelawak popular Jihan Muse dan penyampai Hot FM, AG selaku pengacara.

Sementara itu, Ratu Dangdut Amelina kembali memeriahkan industri muzik tempatan selepas 15 tahun 'menghilangkan' diri.

Konsert Padat HM adalah persembahan pertama Amelina selepas membuat kemunculan semula.

Dia menyampaikan tiga lagu iaitu Rindu, Anak Dara dan Seri Langkat duet bersama penyanyi baru Syamin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 11:23 PM