MANGSA dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. FOTO Amran Yahya
Teks dan foto Amran Yahya
am@hmetro.com.my


Kuala Pilah: Lelaki cedera disengat tebuan ketika mencari madu lebah di dalam hutan berhampiran Kampung Rembang Panas di sini, semalam.

Mangsa, Mohd Azaham Abdullah, 33, memasuki hutan itu bersama dua rakannya sebelum dia disengat tebuan, kira-kira 7 malam itu.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Pilah, Majeran Lon berkata, pihaknya segera ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada rakan mangsa.

"Sebaik tiba di lokasi, mangsa sudah dipapah keluar oleh rakannya. Keadaan mangsa lemah dan pemeriksaan awal mendapati ada sepuluh kesan sengatan.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 4:34 PM