Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Empat lelaki ditahan di Wangsa Maju selepas disyaki menyamun kekasih di Tasik Danau Kota, Mei lalu.

Mereka berusia antara 17 hingga 19 tahun ditahan ketika berkumpul di tepi jalan di Wangsa Maju, pada 2.30 pagi, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden Ramli Kasa, berkata pemeriksaan ke atas mereka menemui pisau dan empat telefon bimbit.

"Polis syaki mereka terbabit dalam kejadian samun pasangan kekasih pada 19 Mei lalu.

“Soal siasat mendapati mereka juga terbabit dalam sembilan kes samun di kawasan sama sejak awal tahun ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Pada 19 Mei lalu, pasangan kekasih berkenaan yang melalui tasik itu disamun dua lelaki.

Selain itu, mangsa lelaki turut cedera di muka dan tangan akibat dilibas menggunakan pisau.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Jun 2016 @ 11:22 AM