Sosha bersama seluar kuning dipakai menyebabkannya dikenakan penggantungan. FOTO BIRMINGHAM MAIL
Mirror

Tehran: Penjaga gol Iran Sosha Makani digantung selama enam bulan kerana didapati memakai seluar 'SpongeBob SquarePants'.

Foto Sosha, memiliki tiga kap antarabangsa bersama negaranya dirakam memakai seluar kuning terang itu, bulan lalu sebelum perlawanan bersama kelabnya Persepolis.

Pakaian pemain berusia 29 tahun itu dikatakan oleh media tidak ubah seperti watak animasi televisyen digemari kanak-kanak, menjadi antara sebab penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Iran.

Peraturan itu yang ada kaitan dengan insiden Januari lalu bagaimanapun belum muktamad dan penjaga gol itu masih boleh membuat rayuan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2016 @ 10:01 PM