GAMBAR dari rakaman video menunjukkan seekor kucing (dalam bulatan) menepuk kepala jemaah yang tidur.
Agensi

Makkah: Seekor kucing dirakam mengejutkan seorang jemaah yang tidur untuk menunaikan solat.

Rakaman video yang disiarkan akbar Ajel menunjukkan kucing itu bermain dengan seekor lagi kucing ketika azan berkumandang di Masjidilharam.

Kucing berkenaan kemudian kelihatan berlari ke arah seorang jemaah berpakaian ihram yang sedang tidur di satu kawasan masjid sebelum menepuk kepalanya, seolah-olah suruh bangun untuk bersolat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 9:50 AM