Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Empat lelaki masing-masing dipenjara empat hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menunggang motorsikal secara melulu iaitu sambil melakukan aksi ala superman.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu terhadap Saddam Husein Zulkifli, 25;Mohd Roslan Fathalaripin, 24; Muhamad Fikri Ahmed Fauzi, 25 dan Abdul Aziz Abdul Ghani, 20, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu kelmarin.

Keempat-empat juga hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Mahkamah juga memerintahkan semua tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mereka didakwa menunggang motosikal secara melulu iaitu dada rapat ke tempat duduk dan kedua-dua kaki lurus ke belakang, yang mana perbuatan itu berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Duke, dekat sini, pada 5 pagi, semalam

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 4:33 PM