DATUK Siti Nurhaliza pemenang kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dalam Anugerah Industri Muzik 21 (AIM 21) di PWTC. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Seperti dijangka penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mempertahankan kemenangannya bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) di majlis Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

 

Ini berupa kemenangan ke-12 Siti Nurhaliza dalam kategori sama sepanjang penganjuran majlis Anugerah Industri Muzik.

 

Lebih manis apabila album terbaru Siti Nurhaliza, Fragmen turut mengungguli kategori utama Album Terbaik.

 

Begitupun lagu Jaga Dia Untukku nyanyian Siti Nurhaliza gagal memenangi Lagu Pop Terbaik. Sementara lagu rap pendatang baru Sona One, No More yang sebelum itu mengungguli kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik diangkat untuk memenangi kategori Lagu Terbaik.

 

Bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu dimenangi bintang Akademi Fantasia, Akim Ahmad.

 

Lagu Pop Etnik Terbaik: Ihab Ismail (Akar Kita Zapin)

 

Lagu Hip Hop Terbaik: Joe Flizzow menampilkan Sona One (Apa Khabar).

 

Lagu Nasyid Terbaik: Iwan Syahman & Iwan Junior

 

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu: Nora menampilkan Mosyi, Alif dan Putri.

 

Artis Baru Terbaik: Poova

 

Lagu Rock Terbaik: Rentak Laguku (Bunkface menampilkan Amy Search)

 

Lagu Pop Terbaik: Alyah (Sesal Separuh Nyawa)

 

Anugerah Video Muzik Terbaik: Yuna (Falling)

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 12:03 AM