Danesh (kiri) dan Shan dicari polis. FOTO ihsan PDRM
Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


Sentul: Dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun diminta tampil bagi membantu siasatan kes tetak seorang lelaki di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, di sini, 4.50 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 30 tahun yang memaklumkan adiknya diserang tiga lelaki bersenjata ketika tidur di ruang tamu rumah berkenaan.

Katanya, suspek menetak kepala dan tangan mangsa beberapa kali sehingga parah dan kini dirawat di Hospital Selayang, di sini.

"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang menjalin hubungan dengan teman wanita salah seorang daripada suspek.

"Susulan itu, polis kini mengesan dua remaja lelaki iaitu Danesh Kumar A/L Suresh Kumar, 18, dan Shan Praven A/L Kaneth, 19.

“Alamat terakhir dua remaja berkenan di kesan di daerah Petaling Jaya iaitu di Jalan SS9/8 Sungai Way dan Jalan SS3/39 Kelana Jaya.

"Pihak polis mohon individu berkenaan tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 1:34 PM
Skip this ad x