Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Chukai: Penuntut tahun akhir Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC), Kuantan, maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh lembu di Kilometer 177.7, Jalan Jerangau-Jabur, dekat sini, 10.30 malam tadi.

Mohd Hisham Lokman Othman, 24, dari Felda Neram 1, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa gagal mengelak lembu yang melintas jalan sebelum merempuh haiwan berkenaan lalu tercampak di atas jalan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian kemudian menghubungi ambulans, namun mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal sejurus tiba di hospital.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Disember 2014 @ 4:44 PM