Hafizudin Mohd Safar
am@hmetro.com.my


Kangar: Tiga anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis berusia 30-an ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi kerana didakwa meminta suapan dalam satu operasi di negeri ini.

Pengarah SPRM Perlis Yaacop Angah berkata, kejadian meminta suapan itu dilaporkan berlaku pada penghujung Mac lalu ketika menahan dua orang dalam operasi berkenaan.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki terbabit kemudian meminta sejumlah suapan supaya keputusan ujian air kencing diubah kepada negatif ketika dua suspek ditahan sementara di pejabat AADK Perlis.

“Kita sudah menahan mereka malam tadi untukmembantu siasatan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009.

“Bagaimanapun mereka sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas mengambil keterangan sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan untuk pendakwaan,” katanya yang tidak memaklumkan jumlah suapan diminta anggota AADK terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2016 @ 3:57 PM