Timbalan Pengarah Penguatkuasa Cawangan Operasi Khas KPDNKK Ahmad Dahuri Mahmud (dua dari kiri) bersama tong LPG yang dirampas semalam. - Foto ZULAIKHA ZAINUZMAN
Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


Juru: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi 'Ops Gasak Utara' merampas 5,259 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) bernilai RM574,302 serta menahan dua lelaki di lima premis sekitar Perak, Pulau Pinang dan Kedah, semalam.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya Ahmad Dahuri Mahmud berkata, serbuan di lima stor berkenaan mendapati mereka melakukan aktiviti memindahkan gas dan menyeleweng gas bersubsidi.

Beliau berkata, premis berkenaan dipercayai sudah dua tahun beroperasi dan anggaran kerugian kerajaan hasil aktiviti haram ini ialah RM4.2 juta setahun.

Katanya, kedua-dua lelaki berusia 30-an, termasuk pemilik premis yang ditahan di Kamunting, Perak itu akan disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001, Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 6:57 PM