Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kajang: Jenazah menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar di sini, 9.50 pagi tadi.

Jenazah sebelum itu disembahyangkang di Surau An-Nur Country Height di sini, selepas dibawa dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira 8 pagi tadi.

Turut hadir menziarahi jenazah di surau itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang kemudian menyertai jemaah lain menyembahyangkan jenazah, kira-kira 9 pagi.

Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah, 37, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di klinik pergigian di Bangsar, semalam.

Allayarham dilaporkan telah pergi ke klinik itu kira-kira 6 petang semalam untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di PPUM.

Berita berkaitan:

Menantu TPM meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 12:22 PM
AHMAD Zahid Hamidi menenangkan cucunya, Khadeeja Sofea (dua kiri) selepas jenazah Allahyarham Syed Alman Zain selamat dikebumikan. FOTO Sairien Nafis
JENAZAH Allahyarham Syed Alman Zain tiba di Surau An-Nur. FOTO Ghazali Kori
AHMAD Zahid mencuba menenangkan cucunya, Arjuna Iskandar (tiga kiri) selepas kematian menantunya. FOTO Ghazali Kori
ZAHID menyiram air mawar di pusara menantunya. FOTO Sairien Nafis