Ahli keluarga dan kenalan berada di PPUM malam ini. -Foto MOHD FADLY SAMSUDIN
Kemas kini Nurul Hidayah di Instagram mengenai kematian suaminya, malam ini.
Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi meninggal dunia malam tadi dipercayai akibat kehilangan oksigen. 

Perkara itu disahkan adik TPM, Lokman Hamidi menerusi akaun Facebook miliknya malam tadi.

Allahyarham Syed Alman, 44, adalah suami anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah, 37.

Arwah dikatakan tidak sedarkan diri ketika mendapat rawatan di klinik pergigian di Bangsar, di sini, petang tadi, sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Wakil keluarga memaklumkan jenazah akan dibawa ke Surau Country Heights, Kajang.

Syed Alman Zain meninggalkan seorang isteri dan tiga anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea.

Sementara itu, Nurulhidayah melalui Instagram kira-kira pada jam 11 malam tadi menzahirkan rasa sedih dengan kehilangan itu.

"Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye sayang," katanya.

TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dikatakan dalam perjalanan pulang ke tanah air dari lawatan kerja di Jepun.

Difahamkan TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kini dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lawatan kerja di Jepun dan dijangka tiba kira-kira 3.30 pagi ini di Pangkalan Udara Tentera Udara Subang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 12:02 AM