(DARI kiri) Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar; Presiden Eksekutif Kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim; Burhanuddin; Kamil dan Pengarah MDEC, Hasnul Hadi Samsudin pada sidang media. FOTO Rohanis Shukri
Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng terbitan Les’€™ Copaque Production dan KRU Studios serta edaran Primeworks Distribution mencatat sejarah sebagai filem animasi tempatan pertama menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.

Filem arahan Erma Fatima bersama Pengarah Kreatif Les' Copaque, Ainon Ariff yang menampilkan lakonan Awie, Puteri Balqis, Sara Ali, Puteri Balqis, Remy Ishak dan Gambit Saifullah itu diterbitkan sempena sambutan ulang tahun ke-10 siri animasi Upin & Ipin dan Les’ Copaque.

Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, pembikinan filem itu mendapat sokongan daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan pembiayaan dana sebanyak RM4 juta daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di bawah Dana Kesan Khas.

Bagi memastikan filem animasi itu mencapai gred, standard dan kualiti ditetapkan Les' Copaque, syarikat animasi itu mengawasi pembikinan filem itu dari peringkat awal sehingga siap.

“KRU Studios menggalas tanggungjawab menyiapkan penggambaran lakonan hidup, manakala watak animasi disiapkan Les' Copaque.

“Setiap proses itu akan dipantau Ainon. Jika ada berlaku sedikit kesilapan, babak lakonan itu akan dibuat semula kerana lakonan hidup itu mesti serasi dengan watak animasi," katanya dalam sidang media di sini, petang tadi.

Hadir sama, Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 8:41 PM