ASUS Zenfone 3 Ultra.
ASUS Zenfone 3.
ASUS Zenfone 3 Dulexe.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


ASUS melancarkan tiga varian Zenfone 3 yang pastinya bakal menggegarkan industri telefon pintar sebaik tiba di Malaysia nanti.

Antara yang dilancarkan termasuk Zenfone3, Zenfone 3 Deluxe dan Z3 Ultra yang masing-masing mempunyai keupayaan tersendiri.

Model Zenfone 3 menjadi telefon bersaiz 5.5 inci yang menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625 dengan RAM sehingga 4GB dan ruang storan sehingga 64GB.

Kamera 16 megapikselnya menggunakan sensor IMX 298. Selain sensor, teknologi pengimejan peranti ini cukup baik dengan PixelMaster versi baru, 3.0.

Bateri berkapasiti 3000mAh dan terdapat pengimbas cap jari di bahagian belakang peranti ini yang ditawarkan dengan hitam, biru, putih dan emas.

Manakala Zenfone 3 Ultra mencuri tumpuan apabila ia ditetapkan dengan RAM 4GB pada saiz 6.8 inci paparan beresolusi HD penuh dengan nisbah paparan kepada badan sehingga 79 peratus.

Melalui teknologi PixelWorks iris2+, ia dikatakan boleh memainkan kandungan 4K seperti memiliki paparan 4K sebenar walaupun hakikatnya ditayangkan pada skrin HD penuh.

Dua pembesar suara pada bahagian bawah dipasang dengan teknologi SonicMaster 3.0 untuk memberikan pengalaman kandungan multimedia yang mantap.

Peranti ini digerakkan Qualcomm Snapdragon 652 dengan bateri 4600mAh yang turut berfungsi mengecas peranti lain.

Peranti menakjubkan pada Zenfone 3 Deluxe apabila ia mempunyai saiz 5.7 inci menggunakan paparan Super AMOLED beresolusi HD penuh yang meliputi hampir 79 peratus bahagian hadapannya.

Mengejutkan apabila ia memiliki kuasa Qualcomm Snapdragon 820 dengan RAM sehingga 6GB! Pasti mantap dan dikhabarkan boleh membuka 33 aplikasi serentak tanpa masalah ‘lag’.

Storan dalaman yang disediakan adalah 128GB dan boleh ditambah melalui slot mikroSD.

Kameranya tidak kurang hebat, ASUS menggunakan teknologi PixelMaster 3.0 yang dilengkapkan sensor Sony IMX318 beresolusi 23MP.

Telefon dengan sensor pengimbas cap jari di belakang ini hadir dengan pilihan warna emas, hitam dan biru.

INFO

ASUS ZENFONE 3 ULTRA

- Harga: Anggaran RM1,971

- Paparan: 6.8 inci FHD IPS

- CPU: Qualcomm Snapdragon 652 octa core 1.8GHz

- RAM: 4GB

- Storan: 128GB, slot kad mikroSD

- Kamera: 23MP, 8MP (depan)

- Sambungan: Bluetooth 4.2, USB Type-C, sensor pengimbas cap jari

- Bateri: 4600mAh

- OS: Android M dengan ZenUI 3.0

ASUS ZENFONE 3

- Harga: Anggaran bermula RM1,024

- Paparan: 5.5 inci FHD Super IPS+

- CPU: Qualcomm Snapdragon 625 octa core 2.0GHz

- RAM: 4GB

- Storan: 64GB, slot kad mikroSD

- Kamera: 16MP, 8MP (depan)

- Sambungan: Bluetooth 4.2, USB Type-C, sensor pengimbas cap jari

- Bateri: 3000mAh

- OS: Android M dengan ZenUI 3.0

ASUS ZENFONE 3 DELUXE

- Harga: Anggaran RM2,053

- Paparan: 5.7 inci FHD AMOLED

- CPU: Qualcomm Snapdragon 820

- RAM: 6GB

- Storan: 256GB, slot kad mikroSD

- Kamera: 23MP, 8MP (depan)

- Sambungan: Bluetooth 4.2, USB Type-C, sensor pengimbas cap jari

- Bateri: 3000mAh

- OS: Android M dengan ZenUI 3.0

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 11:04 AM