JAMALUDDIN dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman, semalam.
Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my


Shah Alam: “Kamu sepatutnya menangis sebelum melakukan perbuatan itu dan tidak menjadikan anak-anak sebagai alasan untuk rayuan selain memikirkan halal atau haram.

“Saya berharap kamu berubah dan kembali kepada masyarakat. Jika percaya kepada hari akhirat dan mengikut Islam, kamu seharusnya membayar semula wang itu.”

Itu kata Hakim Zamri Bakar di Mahkamah Sesyen, semalam sebelum menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan terhadap seorang bekas perunding kewangan peribadi institusi perbankan atas 60 kesalahan pecah amanah membabitkan wang tunai RM5.45 juta.

Beliau memutuskan demikian selepas tertuduh, Jamaluddin Mohd Jamil, 35, mengaku bersalah atas semua pertuduhan dan turut memperakui fakta kes dikemukakan pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah pelbagai skim pelaburan bank membabitkan seramai 33 mangsa dengan nilai serendah RM2,000 hingga RM700,000.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 8:22 AM