Gabenor Governor Egidio Torre Cantu (tengah) bersama Alan Pulido di kananya ketika bercakap dengan media hari ini. - Foto AFP
AFP

Mexico City: Pihak berkuasa Mexico menyelamatkan bintang bola sepak Alan Pulido yang diculik selama beberapa jam di Tamaulipas, hari ini.

Pulido, 25, bekas pemain kebangsaan dan kini bermain dengan kelab Greece, Olympiakos, diculik diselamatkan tengah malam tadi waktu tempatan selepas diculik enam lelaki bersenjata di rumahnya di Ciudad Victoria, bandar utama of Tamaulipas, selepas dia pulang dari satu majlis.

Bekas pemain skuad Piala Dunia Mexico 2014 di Brazil itu dalam perjalanan pulang bersama teman wanitanya apabila kereta mereka dipintas beberapa kenderaan dan memaksa mereka keluar, semalam.

Teman wanitanya yang dibebaskan memberitahu dia tidak tahu ke mana Pulido dibawa.

Kelabnya, Olympiakos, membuat kenyataan melalui Twitter: “Alan selamat dan sihat bersama keluarganya.

Gabenor Egidio Torre Cantu yang bersama Pulido ketika muncul untuk media hari ini, berkata pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu.

“Perkara penting ialah dia selamat,” katanya.

Tamaulipas dikuasai sindiket dadah dan dengan penculikan serta tembak menembak sering berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2016 @ 6:18 PM