Kuzain akan beraksi dalam USL. FOTO saintlouisfc

Missouri: Pemain remaja Malaysia kelahiran Amerika Syarikat mengikat kontrak bersama kelab bola sepak profesional Saint Louis FC - beraksi dalam Liga Amerika Syarikat (USL).

Wan Kuzain Wan Kamal, 18 bernaung di bawah Akademi Bola Sepak St Louis Scott Gallagher muncul salah seorang daripada dua pemain beraksi bersama kelab terbabit, menurut laman web kelab itu, saintlouisfc.com, semalam.

Kelab itu turut menandatangani kontrak seorang lagi pemain akademi itu, Aedan Stanley.

Kuzain, pemain dibentuk untuk menamatkan latihan akademi musim 2017 beraksi untuk SLSG Illinois.

Dia turut terpilih menjalani latihan bersama skuad B-17 Amerika Syarikat dan pernah menjalani ujian bersama kelab profesional Belanda, Feyenoord.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 8:14 PM