DUA rumah musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
DUA rumah musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
DUA rumah musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Petra Jaya: Seramai 17 penghuni dua rumah di Kampung Tupong Batu di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Faizal Saari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.04 petang.

Katanya, tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Batu Lintang dan Tabuan Jayadikejarkan ke tempat kejadian.

"Kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran, manakala dua rumah dua tingkat separuh kekal itu musnah kira-kira 80 peratus.

"Seramai 17 mangsa daripada dua keluarga terbabit dalam kejadian itu dengan 13 daripadanya wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki," katanya.

Katanya, punca kejadian serta jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan dan tiada mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 6:34 PM