TRIUMPH Bonneville Street Twin. FOTO Erywan Norshal
Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Fast Bikes Sdn Bhd, pengedar eksklusif motosikal Triumph di Malaysia, memperkenalkan empat model ikonik Bonneville yang menerapkan bentuk klasik moden.

Model itu menggunakan enjin baru yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan gaya hidup tunggangan terkini.

Rangkaian kuasa itu menyalurkan lebih prestasi dengan bunyi ekzos yang garang.

Bagi model Bonneville Street Twin dijanakan enjin bersesaran 900cc, manakala T120, T120 Black dan Thruxton R menggunakan rangkaian kuasa lebih besar dengan 1,200cc.

Harga bagi Bonneville Street Twin (RM55,900); T120 (RM79,900) dan Thruxton R (RM91,900) tidak termasuk insurans.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2016 @ 12:22 PM