FOTO Aswadi Alias
Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Kira-kira 10,000 masyarakat berbilang kaum di bandar raya ini menyambut kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Pasar Kedai Payang di sini, pagi ini.

Najib dengan diiringi Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman tiba jam 9.30 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam menjenguk sambil beramah mesra dengan peniaga.

Perdana Menteri juga sempat bersarapan nasi dagang di pasar berkenaan sebelum bertemu penduduk di Kampung Cina yang terletak di kawasan berhampiran.

Beliau kemudian berangkat ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk merasmikan Majlis Penutup Program Ijtimak Pondok Malaysia.

Najib sebelum itu sempat menyampaikan menyampaikan insentif khas kerajaan negeri sebanyak RM200 kepada 52 pengayuh beca roda dan 18 pemandu bot.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2016 @ 11:41 AM