Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my


Umpama mengotakan janji, pelakon jelita Juliana Evans, 27, akhirnya bersedia berkongsi kisah cintanya. Mesra dengan sapaan Jue, gadis kacukan Melayu-Inggeris ini mengakui dalam hatinya sudah bertakhta jejaka yang sangat istimewa.

Bersua dengannya pada sesi fotografi diatur baru-baru ini, Jue dengan rela hati berkongsi cerita cintanya yang dijalin bersama kerabat diraja. Tenang mengatur bicara, Jue akui sudah berkenalan dan menjalin hubungan serius dengan kerabat diraja Selangor juga Johor itu hampir setahun.

Bagaimanapun, Jue belum bersedia untuk menyatakan siapa gerangan kerabat itu. Katanya, kalau ada yang sudah mengetahui namanya biarlah, cuma yang pasti ia bukan daripada mulutnya sendiri.

“Bagi saya, cukuplah sekadar mengakui memang kami bercinta. Saya tidak mahu bersikap hipokrit kepada peminat dan terus menjadikan ia teka-teki,” katanya.

Kisah cinta Jue dengan kerabat itu mula diperkatakan selepas dia memuat naik foto bersama dalam laman sosial Instagam (IG) miliknya. Mengakui dia sangat berhati-hati dalam menjalin hubungan cinta, Jue berkata tidak mudah untuk bertemu ‘Mr Right’ yang sesuai.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2016 @ 5:35 AM