Mustapa Omar di Sochi dan Russia

Sochi (Russia): Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc, pada hari terakhir Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Russia di sini.

Ini adalah pertemuan pertama di antara kedua-dua pemimpin berkenaan sejak Nguyen dilantik sebagai Perdana Menteri Vietnam yang kelapan pada 7 April lalu.

Turut hadir dalam pertemuan itu Ketua Setiausaha Kementeruan Luar, Datuk Othman Hashim; Duta Malaysia ke Russia, Datuk Hayati Ismail dan pegawai kanan kementerian.

Dalam pertemuan kira-kira 30 minit di hotel kediaman mereka, Najib dan Nguyen membincangkan pelbagai perkara termasuk usaha meningkatkan lagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Selain pertemuan itu, Perdana Menteri hari ini turut menghadiri majlis perasmian sidang kemuncak berkenaan, selain sesi sidang pleno.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2016 @ 4:13 PM
NGUYEN (kiri) bersama Najib. FOTO Mustapa Omar