TERTUDUH mengaku bersalah memiliki pisau lipat tanpa kebenaran. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mohamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Kota Bharu: Penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen, di sini terhadap tuduhan memiliki pisau lipat tanpa kebenaran.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Haniff Hussin, 33, mengaku bersalah.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 Mei 2016.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki pisau lipat berukuran enam inci tanpa kebenaran pihak berkuasa di Jalan Kulai Jaya, Wakaf Che Yeh, di sini pada 10.30 pagi, 13 Mei 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 9:57 PM