ABDULLAH selamat ditemui di kawasan hutan Kampung Tanjung Bukit Mentok. FOTO Zain Salim
Shamsudin Husin
am@hmetro.com.my


Chukai: Lelaki yang hilang dari rumahnya sejak empat hari lalu ditemui selamat di kawasan hutan Kampung Tanjung Bukit Mentok, di sini, 3 petang tadi.

Abdullah Besar, 60, ditemui penduduk kampung berhampiran sungai di kawasan hutan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din berkata, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.

Lelaki berkenaan dikatakan masuk ke kawasan hutan terbabit kira-kira 10 pagi Sabtu lalu dan tidak pulang selepas itu.

Berikutan itu, keluarganya membuat laporan polis pada Ahad di Balai Polis Chukai sebelum polis melakukan operasi mencari dengan bantuan orang kampung.

Berita berkaitan:>

Warga emas hilang di Bukit Mentok

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 7:07 PM