Fadzil (kanan) menyerahkan dokumen penyerahan tugas kepada Tian Kee (kiri) disaksikan Hasnan. FOTO Mohd Hafizee Mohd Arop
Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my


Ipoh: Bekas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Gan Tian Kee dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak yang baharu, berkuatkuasa hari ini.

Tian Kee yang berkhidmat selama dua tahun empat bulan sebagai Ketua JPJKK Sarawak mengambil alih jawatan daripada Pemangku Ketua JSJ Perak, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat yang juga Timbalan Ketua JSJ negeri.

Sebelum ini, Fadzil memangku jawatan itu selama kira-kira dua minggu bagi menggantikan Datuk Goh Kok Liang yang bersara wajib pada 7 Mei lalu.

Majlis serah terima tugas jawatan itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Perak, di sini, hari ini.

Turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Deputi Superintendan ke Superintendan kepada dua pegawai kanan dan Asisten Superintendan ke Deputi Superintendan kepa

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 11:01 AM