FOTO Danial Saad
Azma Razana Johari
am@hmetro.com.my

Butterworth: Lelaki parah selepas ditembak di paha kiri dalam kejadian di di Kawasan Perusahaan Teras Jaya, Mak Mandin, hari ini.

Menurut saksi, dia terdengar bunyi letupan seperti tembakan sebelum terdengar jeritan meminta tolong, pada 8.40 pagi.

Katanya, mangsa berlari ke kedai berhampiran dalam keadaan pahanya berlumuran darah.

Katanya, berikutan itu mereka segera menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Azmi Adam mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mei 2016 @ 1:51 PM