Sven (kanan) memperkenalkan model baru Rolls-Royce, Ghost Series II, semalam.

Kuala Lumpur: Quill Motorcars Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama Rolls-Royce di negara ini, melancarkan kereta super mewah terbarunya menerusi Ghost Series II.

Pengurus Besar Jualan, Rolls-Royce Motor Cars Asia Pasifik, Sven J Ritter berkata, pengenalan model Ghost Series II itu bakal meneruskan tahap eksklusif tempahan khas, kualiti dan kesempurnaan lebih tinggi yang sememangnya sinonim dengan jenama berkenaan.

“Pelanggan di Malaysia sudah menjadikan model Rolls-Royce Ghost dan Phantom sebagai penanda aras untuk kereta salon super mewah.

“Saya yakin dengan padanan pilihan kemasan, roda dan lapisan kayu pada ruang dalaman baru yang eksklusif, sekali gus menyerlahkan lagi individualiti pelanggan kami,” katanya pada majlis pelancarannya di sini, semalam.

Sejak dilancarkan pada tahun 2009, generasi model Rolls-Royce Ghost menjadi simbol terunggul kejayaan usahawan berjaya di seluruh dunia dan di Malaysia.

Jentera yang mampu memecut sehingga 250 km sejam itu dijual pada harga bermula RM2 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 5:03 AM