TASHA.
Ramlah Zainal
ramlah@hmetro.com.my


Sukar untuk tidak mengaitkan nama bintang sensasi YouTube, Tasha Manshahar dan Syed Shamim yang serasi sebagai teman duet menerusi lagu Selamat Ulang Tahun Cinta, Cuba Teka dan Be Mine sejak empat tahun lalu.

Malah, ada yang menganggap kehadiran Tasha tidak leng­kap tanpa teman duetnya itu.

Keserasian di pentas turut mengundang gosip mereka pasangan kekasih meskipun berulang kali menafikannya.

Sebagai penyanyi, pemilik nama sebenar Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 23, mahu dikenali dengan nama dan identiti tersendiri. Sampai bila namanya harus dikaitkan dengan Syed Shamim atau mereka terus menumpang nama antara satu sama lain?

Justeru, kata Tasha, dia tampil dengan album solo, sekali gus membuktikan kemampuannya tanpa dibayangi Syed Shamim.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 7:48 AM