PATI yang ditahan ketika bersembunyi di dalam hutan . FOTO ihsan PPM
Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor menahan 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam hutan di Ladang Mados, Kota Tinggi dekat sini, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, semua PATI itu ditahan ketika bersembunyi di dalam hutan sejurus tiba dari negara mereka.

"Pada 6.30 pagi, PPM Wilayah Dua bersama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menahan 34 lelaki dan lapan wanita berusia 20 hingga 50 tahun yang masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, turut ditemui wang RM23,000 daripada seorang PATI itu," katanya.

Beliau berkata, semua PATI itu ditahan bagi siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1959/63.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 3:21 PM