MOHD Faizal (dua kanan) melihat produk yang dihasilkan peserta Azam Tani selepas majlis perasmian. FOTO Faris Zainuldin
Ismail Muhamad
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Sebanyak 51.7 peratus atau 10,239 daripada 19,801 peserta Azam Tani di negara ini keluar daripada status miskin tegar dan miskin sehingga kini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, peserta Azam Tani mampu memperoleh pendapatan lebih RM1,000 sebulan selepas menyertai projek berkenaan yang dilaksanakan sejak 2011.

"Mereka dibantu sehingga mampu keluar daripada miskin tegar menerusi projek yang dilaksanakan oleh 11 jabatan dan agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Ia dijalankan dengan kaedah berkelompok atau individu berdasarkan kepada minat, keupayaan dan kemahiran peserta Azam Tani berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Sulit Kanannya, Mohd Faizal Shamsudin ketika merasmikan kursus modal insan, pengurusan kewangan dan hutang peserta Azam Tani MARDI 2016, di sini, hari ini.

Seramai 220 peserta Azam Tani dari negeri ini, Kedah, Johor dan Melaka menyertai kursus berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2016 @ 9:02 PM