FOTO Amir Irsyad Omar
Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

Nibong Tebal: `Geng ayam' yang aktif menyalahgunakan subsidi gas petroleum cecair (LPG) sejak tahun lalu dilumpuhkan dalam satu operasi khas di ladang kelapa sawit di Simpang Ampat, di sini.

Dalam operasi jam 4.30 petang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pihaknya merampas 753 tong LPG pelbagai berat, tiga lori serta pelbagai peralatan pemindahan gas LPG bernilai RM272,125.

Timbalan Pengarah KPDNKK, Suhaimi Mat Sari, berkata operasi itu dilakukan dengan kerjasama Bukit Aman dan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET).

Beliau berkata, pihaknya juga menahan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang gagal melarikan diri selepas kawasan itu diserbu.

Katanya, ranpasan itu adalah yang terbesar dilakukan pihaknya bagi tahun ini dan percaya dapat melumpuhkan sindiket penyalahgunaan subsidi di negeri ini.

Sindiket didalangi syarikat itu akan diambil tindakan mengikut Seksyen 21 dan Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dikenakan denda maksimum RM3 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 7:34 PM