Kebakaran hutan di pinggir bandar Fort McMurray, Alberta, Kanada memaksa lebih 80,000 penduduk dipindahkan. - Foto Mary Anne Sexsmith-Segato/AP
AP

Fort mcmurray, Alberta (Kanada): Seluruh penduduk bandar Fort McMurray yang berjumlah lebih 80,000 orang diarah berpindah segera berikutan kebakaran hutan sedang menuju ke bandar itu, menjadi pemindahan terbesar dalam sejarah wilayah Alberta.

Lebuh Raya 63, satu-satunya laluan keluar masuk ke bandar itu kini sesak dengan penduduk yang panik bergerak keluar. Beberapa rumah sudah musnah akibat kebakaran itu dan jabatan bomba sudah meminta bantuan tentera darat serta udara yang dijangka tiba beberapa hari lagi.

Kebakaran itu yang bermula Ahad lalu, diburukkan dengan tiupan angin kencang serta cuaca panas menyebabkan api mudah merebak,

Fort McMurray ialah bandar utama wilayah Alberta yang mempunyai minyak dalam pasir iaitu yang ketiga terbesar dunia selepas Arab Saudi dan Venezuela. Kebanyakan telaga minyak berada di utara wilayah itu manakala kebakaran berlaku di selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 3:57 PM