Antara orang ramai yang hadir menyaksikan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran (MTHQA) peringkat antarabangsa ke-58 di PWTC sebentar tadi. - Foto ABDULLAH YUSOF
Peserta dari Kemboja, El Asiyah Ismail memperdengarkan bacaannya. - Foto ABDULLAH YUSOF
Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Sepuluh peserta memperdengarkan bacaan pada malam pertama Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran (MTHQA) peringkat antarabangsa ke-58 yang membuka tirainya secara rasmi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Bacaan pertama dimulakan peserta dari Maldives, Ibrahim Shifau diikuti dengan peserta Maghribi, Salma Bouunamane.

Penganjuran tilawah antarabangsa tahun ini bertema 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara', berlangsung selama empat hari bermula semalam.

Seramai 68 peserta akan memperdengarkan bacaan daripada 38 peserta kategori tilawah dan 30 peserta bagi kategori hafazan.

Malaysia diwakili Mohamad Omar Mansu dan Farihah Zulkifli bagi kategori hafazan. Mereka ialah johan lelaki dan wanita Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-37.

Kategori tilawah pula, Malaysia diwakili johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-59, iaitu Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan Nor Azrah Ayob.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 10:16 PM