SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj mencemar duli menziarahi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabat kediaman rasmi menteri di JKR10, Kota Bharu. FOTO ihsan Pejabat Menteri Besar Kelantan
Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menziarah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang masih bercuti selepas menjalani pembedahan di kepala di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini, hari ini.

Baginda diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sultan Sharafuddin tiba di kediaman Menteri Besar pada jam 2.30 petang dan meluangkan masa selama 45 minit

Harian Metro sebelum ini melaporkan Ahmad menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala akibat terhantuk pada 14 April lalu.

Beliau dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas sembilan hari dirawat dan perlu rehat secukupnya.

Tugas beliau kini dipangku Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 4:10 PM