PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disambut meriah setibanya di Rumah Panjang Faizal, Engkeramut sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my


Sri Aman: Kerajaan meluluskan pembinaan bangunan baru Sekolah Kebangsaan Bakong Sri Aman dan peruntukan RM200,000 untuk baiki tembok berhampiran Rumah Panjang Faizal Edmund Minit, Sri Aman.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, banyak lagi yang dilakukan Barisan Nasional (BN) jika mendapat mandat rakyat.

Katanya, tidak seperti pembangkang, BN sentiasa serius dengan memberi khidmat terbaik kepada rakyat kerana banyak masalah yang perlu diselesaikan.

"Kalau kita nak tubuh kerajaan, kita mesti letak calon di semua kawasan dan calon kita mestilah berwibawa, serius, bukan olok-olok," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Rumah Faizal Edmund Minit, Kampung Engkrimut, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat, calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 12:32 PM