ANGGOTA polis menyemak senarai nama sebelum membuang undi di dewan serbaguna Kompleks Perumahan PDRM Tabuan Jaya, Kuching. FOTO Mohd Radzi Bujang
Nurul Hidayah Bahaudin
am@hmetro.com.my


Kuching: Seramai 3,782 pengundi berdaftar terdiri daripada tentera dan pasangan mereka dijangka menunaikan tanggungjawab di Dewan Bukavu, Kem Penrissen.

Ketua Tempat Pengundi Kem Penrissen, Gasan Chula berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan tujuh stesen mengundi di Dewan Bukavu bagi memastikan kelancaran proses mengundi.

"Pengundi mula berkumpul seawal 6.30 pagi sebelum mereka memulakan proses pendaftaran dan mengundi pada 8 pagi tadi.

"Pusat mengundi ini akan ditutup pada jam 5 petang," katanya.

Proses pengundian di Kem Penrissen berjalan lancar dengan dikawal rapi oleh anggota polis.

Sementara itu, SPR memaklumkan terdapat 79 pusat mengundi awal yang dibuka di seluruh negeri yang mana 33 daripadanya akan ditutup pada 2 petang ini, manakala selebihnya akan ditutup pada 5 petang ini.

Seramai 24,604 pengundi awal dijangka menunaikan tanggungjawab pada hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 8:57 AM