NICOL tekad bangkit padam duka tewas kepada Nour.
Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Ketika usia Datuk Nicol David (gambar) menjengah 32 tahun dan bertemu lawan berusia 39 tahun Rachael Grinham pada pusingan pertama, pemain negara itu sedar kekalahan di tangan Nour El Sherbini pada suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Bukit Jalil kelmarin bukan penamat segala-galanya.

Mengapa dia perlu mengalah ketika Nicol menegaskan dia mampu terus menjadi igauan dan pencabar utama dalam arena skuasy dunia.

Mengakui kecewa beriuktan kekalahan kali kelima berturut-turut di tangan Nour, Nicol pantas menafikan soalan yang diajukan kepadanya bahawa sudah sampai masanya untuk dia memikirkan persaraan.

“Kecewa memang kecewa tapi belum masanya untuk bersara,” tegasnya.

Gagal merangkul gelaran dunia buat kali kesembilan selepas tewas kepada Nour 12-14, 11-4, 3-11, 7-11 pada suku akhir kelmarin, Nicol berkata, dia masih mampu untuk melangkah dan terus melakar sejarah dalam dunia skuasy.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2016 @ 6:54 AM