POSTER dan bendera parti mulai dipasang menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


Kuching: Barisan Nasional (BN) yakin menang antara 68 hingga 70 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) .

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, ia berdasarkan kajian yang dibuat BN sepanjang tempoh berkempen ini.

Katanya yang juga calon kerusi Satok, sekiranya memontum itu dapat dikekalkan, beliau yakin jumlah kerusi yang boleh dimenangi lebih banyak.

"Kajian yang dibuat sepanjang tempoh berkempen, kita (BN) yakin mampu untuk menang antara 68 hingga 70 kerusi.

"Jika mandat yang lebih besar diberikan kepada BN, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem akan mampu membawa lebih banyak perubahan kepada Sarawak," katanya ketika ditemui selepas merasmikan padang Jalapas Muda Hashim, Satok, malam tadi.

BN mempertaruhkan 82 calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri di mana dua daripadanya menang tanpa bertanding.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2016 @ 10:52 PM