NICOL (kanan) membalas pukulan Alison pada pusingan kedua kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Rentak permainan ratu skuasy negara Datuk Nicol David terus konsisten apabila melakar kemenangan mudah ke atas pemain dari England Alison Waters pada pusingan kedua untuk mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil semalam.

Nicol menguasai pertarungan tiga set 11-9, 11-3, 11-5 dalam saingan yang memakan masa 39 minit.

Aksi pusingan pertama kelmarin banyak memberi pengajaran bermakna buat Nicol untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama apabila turun bertemu Alison.

Namun, selepas menguasai dua set awal dan hanya memerlukan tujuh minit untuk menang 11-3 di set kedua, corak permainan Alison sedikit berubah di set ketiga.

“Alison mendahului saya empat mata di depan di set ketiga. Dia bermain rali dengan baik hingga membolehkan dia mendahului selesa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 5:42 AM